"Assalamualaikum, Myra aku minta maaf. Aku tak cakap pun nombor telefon kau pada sape2....Kau jangan la macam ni, aku main2 jela, nombor telefon aku sebut tadi pun salah kan. Aku minta maaf"
Myra tersenyum membaca surat itu. tahu pun takut ingatkan berani sangat, Myra simpan semula surat tu.
Pada keesokan harinya Myra membalas surat itu dan meletakkannya dalam beg Lutfi bimbang sekiranya rakan-rakannya tahu tentang surat yang dibalasnya. malu Myra nanti. Sejak dari peristiwa itu Myra dan Lutfi semakin rapat tetapi hanya di surat tetapi masih dingin depan rakan-rakannya.
Persekolahan hampir tamat dan tahun ini merupakan tahun terakhir Myra di sekolah kerana tamat tingkatan 5. selepas ini masing-masing akan membawa haluan masing-masing untuk mencapai cita-cita. Selesai peperiksaan SPM semua gembira dan lega.
bersambung........
hehe..cute jer cite budak sek =)
ReplyDeletehehehee....tunggu yer ade lagi yang best....
ReplyDelete