Tuesday 31 January 2012

Maaf (Kisah Kita)

Loceng menandakan waktu rehat tamat. Myra, Syaza, Tika dan Mawar berjalan menuju ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas tibe-tibe seseorang menghampirinya dan memberikan sepucuk surat. Myra menerimanya dan berlalu pergi. Setibanya dalam kelas Myra pun membuka surat itu.


"Assalamualaikum, Myra aku minta maaf. Aku tak cakap pun nombor telefon kau pada sape2....Kau jangan la macam ni, aku main2 jela, nombor telefon aku sebut tadi pun salah kan. Aku minta maaf"

Myra tersenyum membaca surat itu. tahu pun takut ingatkan berani sangat, Myra simpan semula surat tu.

Pada keesokan harinya Myra membalas surat itu dan meletakkannya dalam beg Lutfi bimbang sekiranya rakan-rakannya tahu tentang surat yang dibalasnya. malu Myra nanti. Sejak dari peristiwa itu Myra dan Lutfi semakin rapat tetapi hanya di surat tetapi masih dingin depan rakan-rakannya.

Persekolahan hampir tamat dan tahun ini merupakan tahun terakhir Myra di sekolah kerana tamat tingkatan 5. selepas ini masing-masing akan membawa haluan masing-masing untuk mencapai cita-cita. Selesai peperiksaan SPM semua gembira dan lega. 

bersambung........

Patah Seribu....

best lagu ni.....

hayati ye.....

Percubaan Title : Kisah Kita

Tiba di sekolah seperti biase Myra akan pergi ke tandas untuk membetulkan tudungnya di cermin, diikuti dengan Syaza, Tika dan Mawar, mereka kawan baik.Setiap kali ke sekolah pasti bersama dan masing-masing tinggal berdekatan. Myra adalah murid tingkatan 5 yang mempunyai perwatakan yang peramah dan sangat mencuit hati kerana mempunyai badan yang comel. Selesai di tandas mengadap cermin yang setiap hari ditatap setibanya di sekolah itu,  Lutfi merupakan lelaki yang sering mengganggu hidupnya, tidak tentu arah Myra dibuatnya. Setiap kali melintasi lelaki itu hatinya jadi panas. Mana tidaknya dipanggilnya Myra 'gemuk', manalah tak baran.

'hei Lutfi kau ni tak de kerja lain ke hah asyik nak menyakat aku jer!'tengking Myra

'ade aku kisah, kau tu dah lah gemuk, comot pulak tu'ejek Lutfi

'kau ni memang nak kena ni, siap kau balik sekolah nanti'tegas Myra

Hei apalah nak jadi dengan Lutfi tu asyik nak kacau aku je, dah tak de kerja lain la tu. Muka je ensem tapi hati cam apa ntah.mengeluh Myra dalam hati. Kawan-kawan yang lain hanya memandang dan tersenyum melihat gelagat Myra yang tidak tentu arah itu.

Di dalam kelas, cikgu meminta setiap pelajar untuk memberikan maklumat diri masing-masing, tiba giliran Myra Lutfi mengambil tempat di depan meja guru curi-curi dengar. Myra tidak mengendahkan kehadiran Lutfi dan memberikan maklumat peribadinya termasuklah nombor telefon rumahnya. Loceng pun dah berbunyi tiba masa untuk rehat, Lutfi yang ditemani rakannya Aizat telah membuat bising tentang nombor telefon Myra. Myra yang kedengaran nombor telefonnya dihebahkan mulalah dia nak mengamuk.

'Lutfi kau ni dah kenapa??aku tak ade hebohkan nombor kau kan, kenapa dengki sangat dengan aku ni'dengan rasa tidak puas hati Myra melenting, hampir menitis air matanya.

'Ala aku bukan cakap nombor penuh pun'Lufti menjawab

'Kau ni memang kejam kan'Myra menitiskan air mata dan terus berlalu dari situ.

.........bersambung~~~~~~

Monday 30 January 2012

Rindu Dibalas.....

Alhamdulillah.....tepat jam 11.11p.m....si dia mengirimkan pesanan ringkas dalam telefon bimbit ku.....alangkah indahnya bila si dia sangat mengingati ku setiap saatnya...aku bersyukur tuhan memberi kasih sayang kepada kami.....moga ianya berkekalan hingga akhirnya....ku amat merinduimu wahai si dia di sana......


Rindu yang membuat jiwa ku untuk lebih memahami dirimu....

Rindu....

7.32p.m....kejutkan si dia dari tido....my dear dah azan magrib....bangun yer....hehehe....miss him so much...because dah 3hari tak cal...huhuhuh....nak bagi dia sejuk...sekarang saya dah faham kenapa kalau kita marah kita xleh terus pujuk dia...sebab dia akan bertambah marah kerana mendesak...hehehe....belajar sesuatu mengalah xbererti kita kalahkan....ape2 pun sayang dia.....

Jangan sesekali memaksa sesuatu kerana satu hari keterpaksaan itu akan menyeksa diri....

Ros Merah n Pink....

bila lagi saya nak dapat bunga ni lagi.....huhuhuh....my dear will u give me this flower like before....i'm waiting for our annivesary...---<3

Kawan....

Ape makna sahabat atau kawan??....kawan semua orang kita boleh kawan....tapi kawan itu dapat diertikan dari pelbagai persepsi....tak semua orang kita anggap kawan....sebab kadang-kadang kawan itu hanya datang pada satu istilah yang mungkin terdesak dan mungkin terpaksa....namun bagi aku kawan itu sangat subjektif....kawan seseorang yang boleh bersama sama ada dalam keadaan kita susah mahupun kita senang....boleh bahagiakan kita dan sama-sama menangis dengan kita....KAWAN....sangat subjektif setiap orang dapat berikan pelbagai definisi tentangnya....aku bukanlah seorang yang bijak untuk menghuraikan tentang ape makna kawan....tapi aku akan hargai sesiapa sahaja yang menjadi KAWAN ku....bagi ku KAWAN itu ditakdirkan untuk kite mengenali diri kite dan menegur kesalahan kite yang kite sendiri xnampak dengan mata kite sendiri....KAWAN itu adalah cermin kepada diri kita....namun ada juga kawan yang hanya bermuka-muka....depan baik tapi belakang habis semua dicerita....huhuhu.....pandai2 lah dalam berkawan....hopefully kawan-kawanku tidak begitu....insyaallah...

Nasihat dan Maaf....

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku la yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batak untuk diri sendiri....Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikit la orang yang memberi peringatan" - Imam Hasan Basri-

Lafaz maaf bukan hanya dengan perkataan tapi dengan hati, perbuatan dan niat. Oleh itu, tiada siapa di dunia ini kejam kerana walaupun katanya tidak memaafkan, tapi jauh di sudut hatinya ada kata maaf diukirkan.....

-statement ini telah ditegur oleh seseorang-

Saturday 28 January 2012

First time in blog....

Assalamualaikum......

waaaa......1st time nk berblogger....minta tunjuk ajar je utk yg dah lamer berblogger....xtaw nak ckp ape...but i will share that something sweet n hepy moment in my life or anything that give more information n can use everyday...