Wednesday, 7 November 2012

Sahabat

Sahabat yang baik akan menjadi tangan menghapus air mata
Sahabat yang baik akan menjadi pendengar yang setia
Sahabat yang baik akan menjadi penghibur dikala duka
Sahabat yang baik akan menjadi tempat untuk berkongsi pendapat
Sahabat yang baik akan menjadi penyimpan rahsia yang paling dipercayai
Sahabat yang baik akan menjadi orang yang lebih mengenali satu sama lain
Sahabat yang baik akan menjadi orang yang akan dicari bila dalam kesusahan
Sahabat yang baik akan menjadi orang yang akan dicari bila dalam kegembiraan
Sahabat yang baik akan menjadi penasihat terbaik untuk kebaikan
Sahabat yang baik akan menjadi YANG TERBAIK....


Kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan...Manusia itu tidak sempurna dan kita tidak layak untuk menghakimi seseorang itu melainkan ALLAH TA'ALA...Jadilah seseorang yang sentiasa bersangka baik dan jangan sesekali membalas kejahatan dengan kejahatan, lebih mulia kejahatan itu dibalas dengan kebaikan...

p/s : untuk diri sendiri dan semua...



Pencarian (Kisah Kita)

Kerana terlalu lama meninggalkan nota-nota, Myra jadi rindu dengan nota-nota kerana nota menjadi teman yang sentiasa buatnya tersenyum semasa zaman persekolahan...teringat akan temannya yang sering mengutus nota yang dinantinya...ke manakah nota-nota itu??..menjadi persoalan di minda...mula lah Myra mengatur langkah untuk mnyelongkar almari kesayangannya untuk mencari nota-nota lama itu...

Malangnya nota itu tidak dijumpai...sedih pedih dan merindu...apakan daya Myra terlupa yang mereka baru sahaja pindah ke teratak baru milik keluarganya...mungkinkah nota itu hilang semasa mereka berpindah...namun ianya tidak memusnahkan harapannya untuk mencari kembali orang yang telah menghantar nota itu sewaktu zaman bila mana Myra baru hendak mengenal erti persahabatan dan percintaan...

Myra telah membuat satu laman sosial iaitu myspace dan friendster...dengan harapan orang yang dicari akan ditemui...walaupun semasa tamat persekolahan mereka tidak langsung berjumpa tetapi Myra baru saja teringat yang die mendapat satu nota selamat tinggal...alangkah sedihnya die kerana tidak sempat membalasnya...

Pencariannya bermula satu persatu dalam laman sosialnya akhirnya Myra terpandang satu gambar dan nama yang cukup dia kenali..........adakah ini orang yang dicari???

bersambung........

Saturday, 18 February 2012

Perginya yang tak disangka....

Saiful Fitri satu nama yang sangat aku kenali....kenali beliau melalui seseorang yang disayangi....abang kepada Saiful Nizam seorang yang sangat baik, bertanggungjawab dan peramah...pertama kali aku kenal dia membuatkan ku terasa hati....tetapi ianya menjadi pengajaran dalam diri...nasihat dan kata-katanya sangat bermakna.....

aku bertuah mengenali arwah kerana aku tak ada abang..pada aku dia abang yang sangat baik dan mudah didekati...tiada lagi pengganti untuk menggantikan tempatnya....susah untuk aku percaya dia pergi tanpa aku sangka....banyak perkara yang memberi tanda-tanda pada diriku yang dia akan meninggalkan kita semua....tetapi pada aku hanyalah khayalan dan tak nak fikir perkara yang tidak2....

arwah mengalami kelamangan di kilometer 144.9km Pagoh-Tangkak....dan ditempatkan di ICU selama 9 hari....


aku puas dapat jaga die selama 9hari sehingga aku sendiri melihat arwah pergi meninggalkan kita semua. berat rasa hati melihat pemergiannya...namun hatiku kena kuat untuk hadapi dugaan ini...kenangan bersama arwah tak akan aku lupakan.......

Arwah meninggalkan kita jam 6.00petang hari khamis.....di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang beriman....amin

Tuesday, 31 January 2012

Maaf (Kisah Kita)

Loceng menandakan waktu rehat tamat. Myra, Syaza, Tika dan Mawar berjalan menuju ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas tibe-tibe seseorang menghampirinya dan memberikan sepucuk surat. Myra menerimanya dan berlalu pergi. Setibanya dalam kelas Myra pun membuka surat itu.


"Assalamualaikum, Myra aku minta maaf. Aku tak cakap pun nombor telefon kau pada sape2....Kau jangan la macam ni, aku main2 jela, nombor telefon aku sebut tadi pun salah kan. Aku minta maaf"

Myra tersenyum membaca surat itu. tahu pun takut ingatkan berani sangat, Myra simpan semula surat tu.

Pada keesokan harinya Myra membalas surat itu dan meletakkannya dalam beg Lutfi bimbang sekiranya rakan-rakannya tahu tentang surat yang dibalasnya. malu Myra nanti. Sejak dari peristiwa itu Myra dan Lutfi semakin rapat tetapi hanya di surat tetapi masih dingin depan rakan-rakannya.

Persekolahan hampir tamat dan tahun ini merupakan tahun terakhir Myra di sekolah kerana tamat tingkatan 5. selepas ini masing-masing akan membawa haluan masing-masing untuk mencapai cita-cita. Selesai peperiksaan SPM semua gembira dan lega. 

bersambung........

Patah Seribu....

best lagu ni.....

hayati ye.....

Percubaan Title : Kisah Kita

Tiba di sekolah seperti biase Myra akan pergi ke tandas untuk membetulkan tudungnya di cermin, diikuti dengan Syaza, Tika dan Mawar, mereka kawan baik.Setiap kali ke sekolah pasti bersama dan masing-masing tinggal berdekatan. Myra adalah murid tingkatan 5 yang mempunyai perwatakan yang peramah dan sangat mencuit hati kerana mempunyai badan yang comel. Selesai di tandas mengadap cermin yang setiap hari ditatap setibanya di sekolah itu,  Lutfi merupakan lelaki yang sering mengganggu hidupnya, tidak tentu arah Myra dibuatnya. Setiap kali melintasi lelaki itu hatinya jadi panas. Mana tidaknya dipanggilnya Myra 'gemuk', manalah tak baran.

'hei Lutfi kau ni tak de kerja lain ke hah asyik nak menyakat aku jer!'tengking Myra

'ade aku kisah, kau tu dah lah gemuk, comot pulak tu'ejek Lutfi

'kau ni memang nak kena ni, siap kau balik sekolah nanti'tegas Myra

Hei apalah nak jadi dengan Lutfi tu asyik nak kacau aku je, dah tak de kerja lain la tu. Muka je ensem tapi hati cam apa ntah.mengeluh Myra dalam hati. Kawan-kawan yang lain hanya memandang dan tersenyum melihat gelagat Myra yang tidak tentu arah itu.

Di dalam kelas, cikgu meminta setiap pelajar untuk memberikan maklumat diri masing-masing, tiba giliran Myra Lutfi mengambil tempat di depan meja guru curi-curi dengar. Myra tidak mengendahkan kehadiran Lutfi dan memberikan maklumat peribadinya termasuklah nombor telefon rumahnya. Loceng pun dah berbunyi tiba masa untuk rehat, Lutfi yang ditemani rakannya Aizat telah membuat bising tentang nombor telefon Myra. Myra yang kedengaran nombor telefonnya dihebahkan mulalah dia nak mengamuk.

'Lutfi kau ni dah kenapa??aku tak ade hebohkan nombor kau kan, kenapa dengki sangat dengan aku ni'dengan rasa tidak puas hati Myra melenting, hampir menitis air matanya.

'Ala aku bukan cakap nombor penuh pun'Lufti menjawab

'Kau ni memang kejam kan'Myra menitiskan air mata dan terus berlalu dari situ.

.........bersambung~~~~~~

Monday, 30 January 2012

Rindu Dibalas.....

Alhamdulillah.....tepat jam 11.11p.m....si dia mengirimkan pesanan ringkas dalam telefon bimbit ku.....alangkah indahnya bila si dia sangat mengingati ku setiap saatnya...aku bersyukur tuhan memberi kasih sayang kepada kami.....moga ianya berkekalan hingga akhirnya....ku amat merinduimu wahai si dia di sana......


Rindu yang membuat jiwa ku untuk lebih memahami dirimu....