Wednesday, 7 November 2012

Sahabat

Sahabat yang baik akan menjadi tangan menghapus air mata
Sahabat yang baik akan menjadi pendengar yang setia
Sahabat yang baik akan menjadi penghibur dikala duka
Sahabat yang baik akan menjadi tempat untuk berkongsi pendapat
Sahabat yang baik akan menjadi penyimpan rahsia yang paling dipercayai
Sahabat yang baik akan menjadi orang yang lebih mengenali satu sama lain
Sahabat yang baik akan menjadi orang yang akan dicari bila dalam kesusahan
Sahabat yang baik akan menjadi orang yang akan dicari bila dalam kegembiraan
Sahabat yang baik akan menjadi penasihat terbaik untuk kebaikan
Sahabat yang baik akan menjadi YANG TERBAIK....


Kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan...Manusia itu tidak sempurna dan kita tidak layak untuk menghakimi seseorang itu melainkan ALLAH TA'ALA...Jadilah seseorang yang sentiasa bersangka baik dan jangan sesekali membalas kejahatan dengan kejahatan, lebih mulia kejahatan itu dibalas dengan kebaikan...

p/s : untuk diri sendiri dan semua...



Pencarian (Kisah Kita)

Kerana terlalu lama meninggalkan nota-nota, Myra jadi rindu dengan nota-nota kerana nota menjadi teman yang sentiasa buatnya tersenyum semasa zaman persekolahan...teringat akan temannya yang sering mengutus nota yang dinantinya...ke manakah nota-nota itu??..menjadi persoalan di minda...mula lah Myra mengatur langkah untuk mnyelongkar almari kesayangannya untuk mencari nota-nota lama itu...

Malangnya nota itu tidak dijumpai...sedih pedih dan merindu...apakan daya Myra terlupa yang mereka baru sahaja pindah ke teratak baru milik keluarganya...mungkinkah nota itu hilang semasa mereka berpindah...namun ianya tidak memusnahkan harapannya untuk mencari kembali orang yang telah menghantar nota itu sewaktu zaman bila mana Myra baru hendak mengenal erti persahabatan dan percintaan...

Myra telah membuat satu laman sosial iaitu myspace dan friendster...dengan harapan orang yang dicari akan ditemui...walaupun semasa tamat persekolahan mereka tidak langsung berjumpa tetapi Myra baru saja teringat yang die mendapat satu nota selamat tinggal...alangkah sedihnya die kerana tidak sempat membalasnya...

Pencariannya bermula satu persatu dalam laman sosialnya akhirnya Myra terpandang satu gambar dan nama yang cukup dia kenali..........adakah ini orang yang dicari???

bersambung........